Mutiara Kata

Jika anda lakukan sesuatu yang bodoh, semua orang pernah lakukannya. Jika anda merasa seperti orang bodoh, ada ubat untuk merawatnya. Tetapi, jika anda percaya bahawa anda adalah seorang yang bodoh, bodohlah anda jadinya. ~Osman Affan~

Apa yang kita percaya tentang diri kita, itulah diri kita yang sebenarnya. Ada pelajar yang selalu gagal dalam peperiksaan lalu percaya bahawa dia bodoh. Selagi dia percaya begitu, selagi itulah dia akan kekal bodoh. Sebaliknya, jika dia percaya bahawa kegagalan itu hanyalah satu kesilapan bodoh yang dia lakukan (sebab tidak berhati-hati semasa menjawab soalan, tidak membuat persediaan yang cukup, tidak menggunakan teknik kemahiran belajar yang baik), dia akan berusaha dengan cara yang lain untuk berjaya. Jadi, masih ada harapan!🙂Mengikut pengalaman saya, pelajar yang sering gagal sudah mula percaya yang mereka bodoh. Untuk membantu mereka, saya bukan kena ajar bagaimana mahu menjawab soalan peperiksaan dengan lebih baik, tetapi bagaimana mahu menghilangkan rasa percaya yang mereka adalah bodoh. (Ikuti catatan-catatan saya yang seterusnya dalam mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini……. )

osman affan

Osman Affan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: