Asas dalam mempelajari sesuatu

Seperti yang saya ceritakan, kebolehan saya bermian snooker cepat meningkat kerana saya belajar langkah asas dalam bermain snooker.

Pengajarannya di sini ialah, jika kita hendak menguasai sesuatu kemahiran dengan cepat dan pantas, kita perlu cari apakah asas dalam menguasai kemahiran itu. Contohnya jika anda hendak belajar menghafal, ada langkah asas dalam menghafal sesuatu. Jika anda hendak belajar bahasa baru, ada langkah asas dalam mempelajari bahasa baru.

Dari mana boleh anda perolehi langkah asas itu semua? Pertama, melalui buku. Banyak buku yang menerangkan langkah-langkah asas kepada mana-mana kemahiran. Sekarang buku sangat senang diperolehi. Jika anda hendak belajar menjadi seorang yang disukai oleh kawan-kawan, ada buku yang mengajar langkah-langkah asasnya.

Kedua, cari seseorang yang mempunyai kemahiran yang anda inginkan. Tanya mereka, bagaimana mereka boleh kemahiran itu dengan baik. Untuk lebih efektif, perhatikan cara mereka menggunakan kemahiran itu. Contohnya, jika anda mahu belajar kemahiran menunggang basikal, perhatikan bagaimana seseorang yang handal itu memegang basikalnya, bagaimana ekspresi mukanya bilka menunggang basikal, bagaimana dia berlatih dan sebagainya.

Akhirnya, kita perlu ingat satu perkara. mempelajari asas kadangkala memakan masa dan mungkin membosankan. Tetapi, bila anda sudah menguasai langkah asas itu semua, anda akan lebih cepat menjadi handal dan hebat dalam kemahiran itu.

Selamat mencuba. 🙂

osman affan

Osman Affan

2 Responses to Asas dalam mempelajari sesuatu

  1. hana berkata:

    mcam mana kalau kita dah cuba untuk memahami apa yang di ajar guru tapi bila masuk tajuk baru kita terlupa pelajaran yang lepas?sy bila wktu math ni slu ngantuk.guru sy yang ajr pon tak bagi nota untuk kami rujuk.sekadar bicara.macm mna saya nak tangani masalah ni.prstasi sya semakin merosot dlm subjk ni.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: