Uruskan masa

Masalah yang biasa saya dengar tentang pengurusan masa ialah “tidak cukup masa” dan terlalu banyak kerja yang hendak dilakukan.

Benar, ada masanya, terlalu banyak kerja yang perlu kita lakukan dan masa yang kita ada seolah-olah tidak mencukupi. Namun, ada sesuatu yang boleh kita lakukan.

Kali ini saya akan terangkan bagaimana cara hendak melakukan sesuatu dalam masa yang singkat. Mudah sahaja, fikirkan apa yang anda hendak capai dalam masa yang tertentu. Contohnya, katakan anda mahu buat nota sejarah. Bila anda duduk menghadap buku anda, fikir dan tetapkan, berapa muka surat anda akan baca, berapa banyak nota akan anda tulis dan berapa masa yang akan anda ambil.

Mungkin anda kata, “aku akan baca semua bab 3 dalam masa 20 minit. Kemudian buat nota 20 minit dan rehat 10 minit. Kemudian, sambung semula buat nota selama 30 minit dan nota ni akan siap dengan lengkap. keseluruhannya, aku cuma akan guna 1 jam 20 minit sahaja untuk habiskan bab 3 ni”

Bila anda sudah tetapkan masa untuk lakukan sesuatu dan berusaha untuk mencapainya, anda akan lebih fokus kepada kerja anda. Apabila anda lebih fokus, anda akan lebih mudah faham dan kerja anda akan lebih cepat siap.

Selamat mencuba.🙂

osman affan

Osman Affan

One Response to Uruskan masa

  1. Uruskan masa

    Selamat mencuba.

    Osman Affan

    Entri ini dikirim pada hari Rabu, 2 Ogos 2006, 1:19 pm dan diletakkan dalam kategori Kemahiran Belajar. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons atau menjejak balik daripada tapak web anda.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: