Apa akan jadi kalau saya tidak sanggup mengubah cara saya belajar?

Setiap pelajar mempunyai cara-cara belajar yang tersendiri. Ada yang suka belajar dalam jangka masa yang lama, ada yang suka belajar sambil menonton television dan ada juga yang suka belajar bersendirian di tempat yang sunyi dan terpencil.

Walau apa pun cara belajar yang anda pilih, satu soalan yang wajib anda tanya kepada diri anda sendiri, “adakah cara aku belajar ini berkesan dan membawa aku menuju ke arah matlamat yang aku tuju, matlamat mendapat keputusan yang cemerlang?”

Bagaimana anda hendak tahu yang cara anda belajar itu berkesan atau tidak? Mudah sahaja. Lihat kepada keputusan peperiksaan anda. Jika keputusan itu bukan keputusan yang anda kehendaki, anda perlu mengubah sesuatu dalam cara anda belajar.

Namun, apa akan jadi kalau anda tidak mahu mengubah cara anda belajar? Ada pelajar yang mengadu, “cikgu, saya memang mahukan keputusan cemerlang, tetapi saya dah tak boleh ubah cara saya belajar. Saya mesti belajar depan television, kalau tidak, saya akan cepat rasa bosan.”

Penulis teringat akan satu baris perkataan, dipetik dari buku ‘Unlimited Power by Anthony Robbins’, yang dapat dikaitkan dengan situasi ini. Petikan itu berkata, “Insanity is doing the same thing over and over again but expecting a different result” (Gila itu ialah membuat satu perkara yang sama berulang-ulang kali tetapi mengharapkan keputusan atau hasil yang berlainan).

Pelik bukan? Kita mengharapkan hasil yang berlainan atau lebih baik tetapi kita masih membuat perkara-perkara yang sama. Kalau kita menanam benih pokok kacang, tentulah pokok kacang yang tumbuh bukan? Tetapi kalau pokok rambutan yang kita inginkan, dapatkah kita hasil tersebut jika kita terus-menerus menanam benih pokok kacang?

‘Kegilaan’ yang diamalkan oleh segelintir pelajar ini kadangkala mencuit hati penulis. Ia seolah penulis melihat sendiri di alam realiti kisah sang lalat yang mati terperangkap di dalam rumah. Apa terjadi apabila lalat terperangkap di dalam rumah dan tidak dapat mencari jalan keluar?

Lalat itu akan segera mencari tingkap yang terdekat di mana terdapat sumber cahaya. Kemudian lalat itu akan terus melanggar tingkap berkali-kali dengan harapan ia akan dapat melepaskan diri. Bukankah ini gila namanya? Jika lalat itu berundur sedikit dan menuju ke arah lain, mungkin ia dapat melepaskan diri dari pintu atau tingkap yang sedang terbuka.

Jadi, apa yang perlu anda lakukan sekarang?

Pertama, kaji dengan teliti, apa yang telah anda lakukan selama ini hingga anda mendapat keputusan peperiksaan yang anda dapat sekarang? Bagaimana anda menumpukan perhatian di dalam kelas? Bagaimana anda membuat nota?

Waktu bila anda mengulangkaji pelajaran? Dengan siapa anda belajar? Berapa banyak soalan latihan yang telah anda sempurnakan? Adakah anda telah tetapkan, berapa ‘A’ yang ingin anda capai?

Apabila anda sudah mengkaji semua faktor di atas, mungkin anda boleh meneka di mana kesilapan atau kelemahan cara belajar anda. Namun penulis menasihatkan anda berjumpa dengan guru sekolah atau guru kaunseling untuk mendapatkan khidmat nasihat yang lebih baik mengenai cara belajar yang sesuai untuk matlamat anda.

Kesimpulannya, perubahan adalah sesuatu yang tidak menyelesakan buat pelajar atau buat sesiapa sahaja. Namun, tanpa perubahan, anda hanya boleh mengharapkan hasil sebagaimana yang telah anda kecapi selama ini sahaja.

Osman Affan

Osman Affan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: