Rehat dengan cukup

Apabila disebut perkataan rehat, ramai pelajar yang terbayangkan perkataan tidur. Bagi mereka, satu-satunya cara untuk berehat adalah dengan tidur.

Sebenarnya, tidur adalah satu cara berehat. Tetapi ada beberapa perkara lain lagi yang boleh dilakukan untuk berehat. Contohnya, bersiar-siar di waktu petang, beriadah ringan, membaca buku kegemaran, menonton tayangan gambar, mendengar muzik dan sebagainya.

Ada beberapa petua tentang memilih aktiviti untuk merehatkan otak dan badan. Pertama, anda perlu pilih mana aktiviti yang sesuai bagi anda, bukan sesuai bagi orang lain. Contohnya, bila anda dengar kawan anda berehat dengan membaca buku cerita, anda juga ikut baca buku cerita. Padahal, anda rasa makin tertekan bila membaca buku cerita. Jadi, jangan ikut orang lain, cari aktiviti yang sesuai untuk anda sendiri.

Kedua, aktiviti yang dipilih jangan terlalu memenatkan. Jika terlalu memenatkan, anda akan kehilangan tenaga untuk diluangkan kepada masa mengulangkaji. Jika anda memilih untuk beriadah, jangan terlalu memenatkan.🙂

Ketiga, buat aktiviti yang merehatkan otak itu dengan kadar sederhana. Jika anda memilih untuk tidur, jangan tidur terlalu lama. Jika anda memilih untuk membaca buku cerita atau majalah, jangan terlalu lama juga. Nanti masa anda habis dalam membuat aktiviti ini sahaja pula.

osman affan

Osman Affan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: