Melabur untuk kekayaan minda

Tidak kira kanak-kanak, remaja atau dewasa, ramai antara kita yang terlalu takut berbelanja ke arah pendidikan. Kalau nak beli buku, rasa mahal. Kalau nak pergi kursus berbayar, rasa tak mampu. Kalau nak hadiri seminar, rasa macam tak ada guna.

Yang peliknya, kita tak rasa mahal pula bila kita reload prepaid handphone, kita tak rasa mahal pula bila pergi menonton wayang dan tak rasa mahal pula bila kita beli vcd.

Saya dan beberapa sahabat saya yang memahami kepentingan untuk melabur ke arah kekayaan minda hanya mampu tersenyum apabila mendengar rungutan ramai orang yang mengeluh kerana harga buku, kursus atau seminar mahal. Malah, ada yang sanggup melemparkan kata-kata yang menyakitkan hati terhadap program sebegini.

Satu fakta yang ingin saya kongsikan disini. Cuba lihat orang-orang yang sudah berjaya. Adakah mereka merungut tentang harga yang perlu dibayar untuk pendidikan minda mereka? Sahabat saya Dr. Irfan Khairi pun pernah bekerja sebagai pencuci lantai di United Kingdom semata-mata kerana hendak mencari duit lebih untuk membeli buku dan menghadiri seminar pembangunan diri yang berharga 3000 Pounds Sterling. Lihat, apa hasilnya sekarang?

Yang pentingnya, berhenti mencari alasan dan berhenti berfikiran negatif. Mula melabur untuk kekayaan minda anda dengan mula membeli buku-buku yang bagus untuk perkembangan minda. Tidak perlu terus membeli buku atau hadiri seminar yang mahal, cukup dengan menggunakan sepenuhnya peluang yang ada disekeliling anda dan perlahan-lahan menyimpan untuk pelaburan minda ini.🙂

osman affan

Osman Affan

2 Responses to Melabur untuk kekayaan minda

  1. Faliq berkata:

    betul tu, saya amat bersetuju dengan pelaburan untuk minda terutamanya dari segi pembangunan diri ke arah kejayaan. Saya sendiri sebagai student slalu membeli buku buku panduan kejayaan untuk di baca . Bagi saya buku sebegini ada purposenya sendiri.

  2. Osman Affan berkata:

    Tahniah Faliq. Selama ini pelajar ingat mereka hanya perlu baca buku berkaitan subjek akademik. Tapi kalau Faliq dah mula baca untuk kejayaan, insyaallah Faliq akan melompat lebih jauh….🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: