Perhati dan belajar

Selalunya, pelajar yang susah untuk memahami apa yang diajar oleh guru mereka ialah pelajar yang tidak boleh benar-benar menumpukan perhatian mereka terhadap apa yang sedang guru mereka ajarkan. Contohnya, ketika guru mengajar, pelajar sibuk mencari buku, mencari pen, mengasah pensel, makan atau minum dan bermacam-macam hal lagi.

Apabila habis guru menerangkan tentang sesuatu, mulalah pelajar ini merungut yang subjek itu sukar difahami. Ingat, yang sukar bukanlah subjek itu, tapi kebolehan anda untuk lupakan gangguan disekeliling dan tumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang diajarkan.

JIka saya sedang mengajar, selalunya saya akan suruh pelajar saya bersedia. Ini bermaksud, berhenti mencari barang atau buat sesuatu, dan mula tumpukan kepada apa yang saya terangkan. Saya akui, agak sukar melakukan perkara ini terutama di dalam kelas yang besar. Tetapi, ia tidak mustahil.

Tumpukan perhatian sehingga anda seolah-olah tidak sedar perkara-perkara lain berlaku disekeliling anda. Ia umpama kucing yang sedang mengejar tikus, seratus peratus fokus kepada apa yang dikejarnya.

Latih diri anda untuk fokus seperti ini. Ia benar-benar memerlukan latihan. Mulanya anda akan rasa agak janggal dan sukar sedikit. Tetapi apabila anda sudah menguasai teknik ini, anda akan lebih mudah untuk mempelajari dan memahami sesuatu.

osman affan

Osman Affan

One Response to Perhati dan belajar

  1. Perhati dan belajar

    Entri ini dikirim pada hari Ahad, 13 Ogos 2006, 1:01 am dan diletakkan dalam kategori Kemahiran Belajar. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons atau menjejak balik daripada tapak web anda.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: