Teknik Belajar Matematik

Semasa saya mula-mula memasuki kelas elit tahun 6, saya agak gementar. Ini adalah projek terbaru sekolah saya. Semua pelajar paling elit dikumpulkan dalam kelas ini. “Elit? Elit ke aku ni?” fikir saya setiap masa. “Dah la matematik pun tak reti, elit konon..” kata hati saya kadangkala.

Hendak dijadikan cerita, saya duduk disebelah pelajar bernama Budiyamin. (Dah 18 tahun saya tak jumpa Budiyamin ni). Budiyamin ni pendiam sikit orangnya tetapi pandai. Satu perkara saya perasan tentang Budiyamin ni. Saya selalu nampak dia tersenyum sorang-sorang, kadangkala bercakap sorang-sorang. Risau jugak saya tengok dia. tetapi bila saya lihat betul-betul, dia tersenyum atau bercakap sorang2 ketika membuat latihan matematik rupanya. Bila cikgu tidak ada dalam kelas, dia akan buka buku matematik. Dia nampak seronok buka buku matematik macam kanak-kanak lain membuka buku komik pula. Saya hairan.

Saya tanya dia, “apa yang seronok sangat ni Budi…?”. Budiyamin menjawab “Seronok la bila dapat gak akhirnya jawapan soalan ni. Berapa hari aku cuba tak dapat-dapat”. Bila dah hari-hari saya lihat dia begitu, saya rasa saya mula memahami kenapa perangainya begitu.

Yang peliknya, sikap dia tu seolah-olah berjangkit kat saya pulak. Saya mula ikut-ikut dia buat latihan. Saya pilih yang senang je mula-mula. Tapi lama kelamaan saya dah mula boleh kejar kepantasan Budiyamin buat latihan matematik. Lama-kelamaan juga kami seolah bertanding siapa lagi cepat boleh menyelesaikan masalah matematik daripada buku teks. Semakin lama semakin seronok.

Tanpa saya sedari, saya sebenarnya sudah mula menguasai matapelajaran matematik yang selama ini saya rasa sangat susah. Saya terfikir, ” kenapa tahun lepas rasa susah sangat eh?”. Saya dan Budi berjaya menghabiskan semua soalan matematik yang ada dalam buku teks matematik. Saya tidak ada buku tambahan matematik (tidak mampu beli ketika itu) jadi Budi yang sering membawa soalan daripada buku tambahan terutamanya daripada kelas tuisyennya. Dapat la saya tumpang belajar.

Dipendekkan cerita, saya mula mendapat A dalam matapelajaran matematik. Matematik sudah menjadi matapelajaran yang pasti dapat A setiap kali peperiksaan. Malah, semasa peperiksaan sebenar UPSR, setelah guru matematik memeriksa kertas peperiksaan saya, beliau senyum dan mengatakan jawapan saya betul semua.

Kesimpulannya, apa yang dapat dipelajari daripada cerita tentang teknik belajar matematik? Saya akan huraikan kesimpulannya esok.🙂

osman affan

9 Responses to Teknik Belajar Matematik

  1. sakira berkata:

    kesimpulannya saya tunggu ya ?

  2. babyain28 berkata:

    hehe

  3. AHMAD ZULFAHMI berkata:

    SAYA TELAH MEMEBACA SEMUA YANG KAMU TULISKAN SEMUA ADA KAITAN TENTANG PEMBELAJARAN MATEMATIK .

    ALL IS BEST DOFOR YOUR BEST

  4. Din berkata:

    Memang tepat apa yang awak cerita tu…..

  5. aiman berkata:

    saya ingin belajar matematik…!!!

  6. wenney berkata:

    sYa InGiN lUlUs dLm SuBjEK mAtH,BtL Ap Yg kOe cKp 2?

  7. haida berkata:

    salam…
    bila boleh tahu teknik2 nya?
    teruja saya mambaca nya…=D

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: