Bayangkan kesudahan yang menggembirakan

Peperiksaan adalah sesuatu yang menakutkan dan menggerunkan bagi sesetengah pelajar. Perasaan sebegini akan menjadi lebih teruk lagi jika minda pelajar itu dipenuhi dengan imej-imej yang menunjukkan kegagalan, kesusahan, pening kepala dan kekecewaan. Imej-imej begini dalam fikiran pelajar akan menambahkan lagi debaran untuk menghadapi peperiksaan. Jadi, apa yang pelajar harus lakukan untuk mengurangkan rasa debaran dan kegelisahan ini?

Satu cara yang efektif ialah dengan membayangkan kesudahan yang menggembirakan. Sebelum hari peperiksaan menjelang, bayangkan hari peperiksaan tersebut di dalam minda anda. bayangkan, peperiksaan sudah berakhir, dan anda kelihatan gembira kerana telah menjawab dengan baik. Bayangkan dengan jelas bagaimana rupa anda ketika tersenyum selepas peperiksaan. Kemudian, rasakan perasaan gembira yang mengiringi senyuman itu. Ini yang dimaksudkan dengan membayangkan kesudahan yang menggembirakan.

Mengapa kita lakukan ini? Seperti yang saya katakan sebelum ini, kita adalah apa yang kita fikirkan. Jika kita asyik fikirkan tentang kesusahan peperiksaan, kita akan sentiasa risau dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran. Akhirnya, kesusahan itu menjadi kenyataan.

Jadi tukar imej susah dalam minda anda itu kepada kesudahan yang menggembirakan yang saya katakan tadi. Insyaallah, kita akan rasa lebih tenang dan kesudahan itu akan benar-benar menjadi kenyataan. Selamat mencuba.🙂

osman affan

4 Responses to Bayangkan kesudahan yang menggembirakan

  1. remyjo berkata:

    En osman, saya ni dah berumur juga tapi masih further study e-pjj di uitm. Saya rasa macam sukar nak praktikkan apa yang dianjurkan oleh en osman, namun rasanay tak mustahil di praktikkan…. Saya akan cuba untuk gunakan teknik ni bila final exam nanti…TQ

  2. Osman Affan berkata:

    Ya remyjo, kena cuba dulu baru tahu…. dan cuba pulak, kena buat betul-betul dan yakin, baru boleh nampak hasilnya.

    Pengalaman saya, pernah nak buat public speaking depan mat salleh, berdebarnya tak tahu macam mana nak bayangkan. Tapi, lepas bayangkan kesudahan public speaking tu (saya bayangkan semua mat salleh tu senyum, tepuk tangan dan appreciate presentation saya), saya jadi lebih tenang dan hasilnya saya betul-betul boleh buat presentation yang baik. 🙂

  3. en.saiful berkata:

    baguslah awk nih…heheh

  4. muhamad afif haiqal bn abdul karim berkata:

    baguslah awak ni

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: