Takut hantu

Saya dibesarkan di merata tempat di seluruh Malaysia. Namun, sejak berumur 8 tahun, selepas ayah saya bersara daripada menjadi askar, keluarga saya berpindah ke terengganu. Semasa di usia ini, saya amat penakut. Takut apa? Takut hantu.

Walaupun saya tidak pernah terjumpa hantu, saya rasa sangat takut terutama jika berada di tempat gelap atau pada waktu malam. Ayah saya sangat risaukan perkara ini. Beliau bimbang jika saya membesar sebagai seorang penakut. Jadi, ayah saya terangkan secara ringkas kepada saya bagaimana hantu itu selalunya cuma wujud di minda saya sendiri (saya ada ceritakan apa yang ayah saya katakan ini di dalam buku persediaan minda untuk menjadi pelajar cemerlang). Kemudian, ayah saya mencabar saya untuk pergi ke satu tempat di kampung saya yang saya rasa paling menakutkan. Ya, ada satu tempat menakutkan di kampung saya, di sebuah surau tua yang terletak lebih kurang 500 meter daripada rumah saya.

Ayah saya mencabar saya pergi ke surau itu seorang diri selepas tengah malam untuk menguji keberanian dan kecekalan hati saya. Malangnya, saya tidak berani menyahut cabaran itu. Mungkin kerana saya masih terlalu kanak-kanak. Namun, semasa saya berada di sekolah menengah, entah bagaimana, saya tergerak untuk menyahut cabaran ayah saya itu. Fikir saya, betul juga, saya tidak boleh terus hidup dengan rasa takut di waktu malam. baik saya cuba apa yang dicabar oleh ayah saya, dan lihat benarkah saya akan jadi berani. Jadi, pada satu malam, saya kunci jam loceng saya supaya berbunyi pada pukul 12 tengah malam. Mungkin saya terlalu lena tidur, saya tidak mendengar bunyi jam loceng itu. Saya terjaga pada pukul 3 pagi. Namun disebabkan semangat hendak menyahut cabaran, saya gagahkan diri untuk keluar dari rumah dan pergi ke surau itu. Pesan ayah saya sebelum ini, saya tidak boleh membawa lampu suluh. Saya perlu hadapi kegelapan malam. Saya cuma dibenarkan membawa sepotong ubat nyamuk kerana ketika itu kes denggi amat berleluasa (ayah saya lebih risau saya terkena denggi daripada terjumpa hantu🙂 ) 

Tepat pukul 3.10 pagi, saya keluar daripada rumah. Ayah saya dan ahli keluarga sedang tidur. Mereka tidak tahu saya akan keluar hari ini. Tidak ada bulan malam ini. Suasana disekeliling benar-benar gelap, sunyi dan menyeramkan. Saya berjalan perlahan-lahan sambil memerhatikan rumah jiran-jiran di sekitar kawasan itu. Disebabkan suasana yang begitu sunyi, saya boleh mendengar dengan jelas bunyi tapak kaki saya dan bunyi kain yang saya pakai bergeser dengan tanah dan mengheret daun-daun kering. Sekali-sekala, saya rasa seperti saya boleh dengar bunyi jantung saya sendiri yang tengah berdegup kencang. Kurang 15 minit, saya sampai ke surau itu. Hati saya ada rasa berbelah bagi sama ada saya mahu masuk atau tidak.

Saya baca sedikit doa, kemudia saya melangkah dengan langkah kanan. Saya memijak tangga surau itu dengan perlahan-perlahan. Tiba-tiba….

osman affan

Saya akan sambung cerita ini esok dan ceritakan apa kaitan kisah ini dengan kebolehan untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: