Takut hantu

Tiba-tiba…. “Kreeeeekkkkkkkk” bunyi papan tangga surau tua tu. Saya terkejut sampai tercampak ubat nyamuk tu ke tanah. Jantung saya kuat makin kuat berdegup. “Nak naik ke tidak?” fikir saya lagi.

Saya tekad nak sahut cabaran ni. Saya dah keluar daripada rumah, rugi kalau saya berhenti separuh jalan. Saya masuk juga. Surau tu gelap. Walaupun surau tu masih digunakan, ia agak uzur. Tingkapnya tidak berpintu. Jadi dari dalam surau, saya boleh melihat bayangan pokok di luar.

Saya duduk di tengah-tengah surau. Saya telah ambil air sembahyang daripada rumah tadi. Jadi, saya sembahyang sunat beberapa rakaat, termasuk dua rakaat sembahyang hajat. Saya berdoa agar saya benar-benar dapat menghilangkan sifat penakut saya ni.

Selesai sembahyang sunat, saya duduk dengan diam. Matlamat saya ialah duduk di situ sekurang-kurangnya 30 minit. Perasaan takut saya ketika itu sukar saya gambarkan. Saya rasa saya dengar macam-macam benda yang menakutkan yang tidak mahu saya gambarkan di sini. Ada satu ketika, saya rasa seperti ada orang sedang berjalan di bahagian wanita (bahagian itu dihalang atau ditutupi dengan kain). Percaya atau tidak, kaki dan tangan saya menggigil.

Walaubagaimanapun, saya cuba bersabar. Apa yang saya terfikir ketika itu ialah, saya malu untuk menarik diri. Baik saya usahakan juga. Setelah lebih kurang 20 minit saya berada di situ, saya rasa debaran saya semakin berkurangan. Kurang sikit perasaan takut yang kuat tadi. Akhirnya, setelah 30 minit, saya bangun perlahan-lahan dan meninggalkan surau itu.

Sepanjang perjalanan ke rumah, saya rasa tenang, tidak takut. Pelik juga. Adakah ini kerana saya terlampau takut tadi sampai semua perasaan takut habis keluar? Selalu saya tersenyum sendiri mengingatkan perkara ini. Keesokan harinya, saya ceritakan perkara ini kepada ayah saya. Dia tersenyum. Dia cuma tanya kalau saya ada terjumpa hantu atau tidak. Saya hanya tersenyum.

Pengalaman ini mengajar saya satu perkara. Tentang hantu, tak perlu lah saya komen  kerana ini bukan tempatnya. Saya belajar bahawa jika saya takutkan sesuatu, saya ada PILIHAN samada saya mahu menghadapinya atau mahu menghindarinya. Masalahnya, jika saya sentiasa hindarinya, saya akan merasa takut sepanjang hayat saya. Saya tidak suka keadaan begitu. Semasa bergelar seorang pelajar saya banyak hadapi situasi yang mencabar keberanian saya. Contohnya, semasa di United Kingdom, saya pernah diminta menjadi lead presenter untuk satu assignment. Saya perlu membentangkan kajian kumpulan saya di hadapan satu dewan penuh dengan ‘mat salleh’. Berdebar juga ketika itu kerana saya akan bertutur dalam bahasa mereka, di negara mereka. tetapi dalam hati saya percaya, cabaran hantu tu pun berjaya saya lepasi, inikan pula berdiri di depan orang yang tidak makan orang. Kurang lah sedikit debaran tu.

Saya akan sambung lagi di lain kali bagaimana konsep takut hantu ini berkait dengan kebolehan untuk mempelajari sesuatu dengan baik.

osman affan

One Response to Takut hantu

  1. remyjo berkata:

    Saya kagum dengan semangat yang saudara Osman ada. Ya kita perlu kuatkan semangat untuk menempuh apa jua rintangan. Takut itu cuma ada dalam minda saja yang diterjemahkan dengan perbuatan. Tapi kekuatan semangat tu perlu dipupuk dan diamalkan sentiasa agar tidak hanya bermain dibibir saja.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: