19 Ogos 2006 – Hari paling panjang dalam kerjaya hidup saya

Sabtu, 19 ogos 2006 yang lalu merupakan hari yang paling panjang dalam kerjaya saya dalam bidang ‘professional training’. Hari tersebut, saya dijadualkan untuk mengendalikan 2 program berbeza untuk dua kumpulan berbeza. 

Saya bangun lebih kurang pada pukul 5.30 pagi. Setelah semuanya sedia, saya keluar rumah pada pukul 6.30 pagi, bersedia menghadapi hari yang panjang ini. Program pertama saya hari ini ialah Kursus Keusahawanan Internet 3 dalam 1 yang diadakan di Hotel Flamingo Ampang. Lebih kurang 45 peserta akan hadir hari ini dari serata Malaysia termasuk Sarawak. Ada peserta muda di awal 20-an dan ada juga juga peserta yang sudah pencen. 

osman affan

Persediaan untuk mengadakan program begini selalunya mengambil masa. Saya perlu memastikan semua berjalan lancar. Lebih kurang pukul 9 pagi, kursus ini pun bermula. Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta tentang konsep perniagaan internet. Saya terangkan apakah langkah-langkah betul yang perlu diambil jika seseorang ingin memulakan perniagaan internet.   Diringkaskan cerita, kursus ini berakhir pada pukul 6.30 petang selepas Dr. Irfan menyampaikan tips-tips perniagaan internet beliau. Setelah barang-barang semua sudah dikemas, masa menunjukkan pukul 7.00 petang. Saya terus bergegas ke Ulu Langat. Di sana, program meningkatkan keyakinan diri yang akan disampaikan oleh saya dijadualkan berlangsung pada pukul 8.15 malam. Saya sampai di sana lebih kurang pukul 7.40 malam dan terus bersiap untuk program itu. 

osman affan 

Program ini adalah bersama pelajar tahun kedua Universiti Islam Antarabangsa. Dalam sesi ini, saya tunjukkan kepada apakah sebab-sebab mereka mudah merasa tidak yakin atau gementar terutamanya jika kena bercakap dikhalayak ramai. Program ini melibatkan beberapa aktiviti menarik di mana pelajar perlu mengikis sikap terlalu malu untuk mencuba yang ada dalam diri mereka. Saya juga tunjukkan bagaimana cara paling mudah untuk menghilangkan rasa gementar dan bagaimana mahu kelihatan yakin apabila berada di depan khalayak ramai.                         osman affan  osman affan Program ini berakhir lebih kurang pukul 11.30 malam. Kaki saya sudah sakit sebab saya berdiri sejak awal pagi lagi. Saya cuma duduk sebentar dan kemudian saya pandu kereta saya pulang ke rumah. Saya tiba di rumah saya lebih kurang pukul 12.30 malam.  Ini adalah hari yang paling panjang dalam kerjaya hidup saya sebagai seorang professional trainer. Penat? Sudah tentu? Seronok? Sudah tentu juga!

Inilah seronoknya jika kita buat sesuatu yang kita suka. Letih bagaimana pun, kita akan tetap rasa seronok dan tidak puas. Daripada cerita saya ini, saya ingin tekankan satu perkara yang saya tegaskan kepada dua-dua kumpulan di atas. Saya tegaskan bahawa, ‘adalah amat penting untuk anda meningkatkan kebolehan anda untuk mempelajari sesuatu ilmu yang baru’. Tahukah mengapa? 

Di zaman ini, banyak perkara baru yang kita tidak tahu. Kalau kita berdiri tidak bergerak, semua orang disekeliling kita akan bergerak ke depan. Akibatnya, kita akan jauh ketinggalan di belakang. Belajar adalah sesuatu yang tidak disukai oleh semua orang tetapi itulah satu perkara yang kita perlu untuk berjaya. Jadi, tingkatkan kebolehan anda untuk mempelajari sesuatu ilmu baru.  🙂

osman affan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: