Mengurangkan tekanan perasaan menjelang peperiksaan

Manusia amat memerlukan tekanan untuk dia lebih cerdas, cergas dan cemerlang. Untuk dia dilihat sebagai memiliki keunikan-keunikan yang mengatasi orang lain. Sebagaimana air dari kepala paip, jika tak kuat tekanannya, lemahlah air yang mengalir, jika kuat tekanannya terpancutlah dengan derasnya. ~Dr. HM Tuah, ‘Nak ke Tak Nak’~

Seperti yang telah kita bincangkan beberapa hari ini, tekanan boleh membawa kesan positif kepada hidup kita dengan syarat kita sabar dan hadapinya dengan tenang. Dr. Tuah ada menerangkan konsep ini dengan menarik melalui buku beliau Nak ke Tak Nak. Adalah satu idea yang bagus jika anda mendapatkan buku ini. 🙂

Satu petua lagi yang ingin saya kongsikan disini ialah teknik pernafasan. Ada pelbagai jenis teknik pernafasan yang ada tetapi saya ingin kongsikan satu teknik pernafasan yang diajarkan oleh Lisa Curtis, seorang pakar Sophrology di Amerika Syarikat (jangan risau jika anda tidak tahu apa maksud sophrology). Ini adalah teknik pernafasan beliau untuk menghilangkan tekanan perasaan.

Mula-mula berdiri. Jarakkan kaki anda lebih kurang selebar bahu anda. Tarik nafas melalui hidung anda dan bayangkan yang anda sedang menyedut udara dari ibu jari kaki anda dan ia memenuhi sebiji belon besar di dalam perut anda. Lakukan proses ini selama 8 saat. (tarik nafas selama 8 saat perlahan-lahan).

Kekalkan belon besar itu di dalam perut anda selama 4 saat.

Kemudian, kempiskan belon itu perlahan-lahan selam 8 saat.

Kemudian biarkan belon itu kosong selama 4 saat. Tenangkan fikiran anda. Jangan fikirkan apa-apa.

Kemudian ulang semula proses ini dari awal 4 – kali. Insyaallah anda akan rasa lebih tenang dan kadar tekanan perasaan itu akan menurun.

Selamat mencuba. 🙂

osman affan

3 Responses to Mengurangkan tekanan perasaan menjelang peperiksaan

  1. lex luthor berkata:

    wassup

  2. lex luthor berkata:

    belajar dengan bersemangat tangga kejayaan..

  3. thanks, saya dah tau petua belajar

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: