Mutiara Kata

Bagi setiap usaha yang disertai dengan disiplin, pasti akan ada ganjaran yang berganda. ~Jim Rohn

Semasa menjalankan sesi kaunseling, saya dengar banyak cerita daripada ibu bapa tentang anak-anak mereka yang mulanya cemerlang di dalam darjah 1,2 dan 3 tetapi kemudian semakin merosot apabila masuk darjah 4 ke atas. Apakah puncanya? Jika saya tanya ibu bapa apakah puncanya, apa agaknya jawapan mereka?

Majoriti ibu bapa meneka puncanya ialah cikgu yang mengajar dan juga keadaan sekolah yang tidak terkawal. Apa pendapat anda?

Perkara terbaik yang harus kita buat ialah elakkan dari menuding jari ke arah orang lain. Tuding jari ke arah kita dahulu.🙂 Saya akan kongsikan sedikit pemerhatian saya terhadap perkara ini.

JIka anda cemerlang diperingkat bawahan dan kemudian semakin menurun, besar kemungkinannya anda mempunyai potensi kelebihan intelek. Maksud saya, anda mempunyai kelebihan untuk belajar sesuatu dengan mudah. Jadi, anda berpeluang untuk menjadi pelajar yang sangat cemerlang. Tetapi kenapa prestasi anda semakin menurun?

Ia berlaku kerana anda tidak mempunyai disiplin belajar. Pada peringkat bawahan, anda boleh menjawab dengan baik dalam peperiksaan kerana anda mudah ingat apa yang cikgu anda ajar di dalam kelas. Jadi, walaupun tanpa ulangkaji, anda boleh menjawab dengan baik. Selepas darjah 3 ke atas, pembelajaran bukan sahaja anda perlu faham apa yang cikgu ajar di dalam kelas, tetapi anda perlu buat latihan tubi supaya ilmu itu sebati dengan anda.

Mungkin di sinilah kurangnya anda. Anda mungkin terasa yang menjawab peperiksaan tidak semudah dulu. Sebabnya, dulu anda tidak perlu mengulangkaji, tetapi kini disiplin untuk mengulangkaji dan membuat latihan adalah sangat penting.

Jadi, jangan risau jika prestasi anda semakin merosot. Anda bukan semakin bodoh. Apa yang perlu anda lakukan? Disiplinkan diri untuk mengulangkaji setiap hari dan membuat latihan matapelajaran anda. Insyallah, anda akan lihat prestasi anda meningkat semula. Inilah yang Jim Rohn maksudkan dengan ganjaran yang berganda. 🙂

osman affan

One Response to Mutiara Kata

  1. khiruddin berkata:

    assalamualaikum cikgu,

    Saya juga mengalami masalah yang sama dimana semasa tingkatan 3 keputusan peperiksaan saya sangat memberangsangkan tetapi bila menjangkau ke tingkatan 4 prestasi pembelajaran semakin menurun dari semasa ke semasa hinggalah ketingkatan 5.,dari saat itu saya mula menyedari bahasanya saya memang tak berdisiplin.yang saya sesal kan amat susah saya hendak mengubah diri saya.jadi dalam kesempatan ini kalau boleh cikgu memberikan walau pun sedikit tips. Terima kasih assalamualaikum .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: