Selamat menduduki peperiksaan UPSR!

Hari ini adalah hari yang amat ditunggu-tunggu oleh pelajar darjah 6 seluruh Malaysia. Peperiksaan UPSR bermula hari ini. Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar tahun 6 di seluruh Malaysia.

Ucapan khas saya juga adalah untuk adik lelaki saya yang sama menduduki peperiksaan UPSR hari, Qamarul Arifin yang mengambil peperiksaan ini di Sekolah Kebangsaan Durian Burung Kuala Terengganu. Selamat berjaya Arif!

UPSR ini membuat saya teringat kembali kisah 18 tahun dulu…. tahun 1988. Ketika itu, sayalah yang menduduki peperiksaan UPSR. Tahun 1988 adalah tahun pertama peperiksaan UPSR diperkenalkan di seluruh Malaysia menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah yang biasanya dihadapi oleh pelajar tahun 5.

1988 juga merupakan kenangan manis buat saya kerana saya dapat tergolong dalam pelajar cemerlang UPSR yang merupakan kumpulan pertama mendapat 5A dalam peperiksaan tersebut.

 osman affan

(Pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR dalam salah satu siri program SmartStudy) 

Saya doakan agar segala usaha yang dilaburkan selama ini akan membuahkan hasil. Saya doakan juga agar semua pelajar diberikan ketenangan dan diterangkan hati semasa menjawab soalan peperiksaan UPSR pada minggu ini.

Selamat Berjaya!🙂

osman affan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: