Motivasi diri menjelang peperiksaan

Sama seperti petua semalam, jika anda boleh mengekalkan imej positif dan imej kejayaan dalam minda anda dengan berkawan dengan pelajar-pelajar yang bersemangat untuk berjaya, anda juga boleh kekalkan imej positif dengan menjauhkan diri daripada pelajar-pelajar yang bersifat negatif, malas, biadap, bising dalam kelas dan tidak mementingkan pelajaran mereka.

osman affan

Apabila saya katakan menjauhkan diri, ia tidak bermaksud anda memutuskan persahabatan dengan sahabat-sahabat anda ini. Ia bermaksud anda perlu kurangkan masa bergaul dengan mereka dan jauhkan dari mengikuti aktiviti-aktiviti mereka yang membuang masa.

Ada satu pepatah Inggeris yang mengatakan bahawa, “jika anda mahu terbang bersama helang di langit, anda tidak boleh terus mencakar bersama ayam di tanah”.

osman affan

2 Responses to Motivasi diri menjelang peperiksaan

  1. capablanca berkata:

    En. Osman, saya seorang ketua kelas. Oleh itu, saya agak susah untuk menghindarkan diri daripada pelajar sebegini kerana saya perlu selalu bergaul dan menegur mereka. Tambahan pula, saya ada berasa sedikit bertanggungjawab untuk menggalakkan mereka untuk belajar. Walau bagaimanapun, banyak pelajar yang juga malas belajar dalam kelas dan saya akan terikut-ikut juga kalau saya berasa sangat letih.

  2. Osman Affan berkata:

    Hi Capablanca.

    Betul, tak boleh hindari mereka. Sebenarnya, sebagai seorang ketua, memang tanggungjawab Capablanca untuk menaikkan semangat mereka tetapi tanggungjawab sebenar untuk memajukan diri terletak di atas bahu mereka sendiri. jadi Capablanca tidak perlu terlalu risau jika mereka tidak berubah.

    Lagi satu, hindari tu bermaksud pada waktu belajar, waktu lapang untuk mengulangkaji pelajaran dan waktu-waktu yang boleh diisi dengan perkara berfaedah, jauhi pelajar-pelajar ini. Jika bergaul dengan mereka pada waktu-waktu begini, pasti capablanca terikut dengan perangai mereka. 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: