Motivasi diri menjelang peperiksaan

Tip motivasi diri menjelang peperiksaan hari ini ialah, mulakan dengan api semangat yang kecil dan biar ia merebak menjadi api semangat yang berkobar-kobar. Biar saya terangkan dengan lebih lanjut.

Biasanya, anda tidak bersemangat tentang suatu subjek kerana anda tidak pandai subjek itu. Jika anda tidak pandai Bahasa Inggeris, pasti anda tidak suka subjek itu. Kalau ada masa lapang, anda pasti akan ulangkaji subjek yang anda lebih suka dan pandai, bukan subjek bahasa Inggeris. Untuk menaikkan minat dan motivasi anda terhadap matapelajaran yang anda tidak pandai ini ialah, pilih hanya satu bahagian kecil yang boleh anda kuasai.

osman affan

Anda tidak boleh kuasai Bahasa Inggeris dengan sekelip mata. Anda tahu banyak benda yang anda tidak tahu, jadi ini akan melemahkan semangat anda. Jadi, apa yang patut anda buat sekarang, cari satu bahagian kecil dalam Bahasa Inggeris yang anda mahu kuasai. Contohnya, anda mahu kuasai perkara asas dahulu, apakah perbezaan antara Noun dan Verb. (jika anda rasa ini mudah, jangan terkejut jika saya kata saya jumpa terlalu ramai pelajar walaupun sudah disekolah menengah tidak tahu beza dua perkara ini.

Fahami betul-betul apa maksud noun dan verb ini. Cari perbezaan mereka. Cari perkataan-perkataan yang dikatakan verb dan juga noun. Pendek kata, belajar betul-betul sampai anda nampak 2 perkara ini mudah sahaja. Ini yang saya maksudkan dengan bermula dengan api semangat yang kecil. Apabila anda sudah menguasai sesuatu walaupun ia kecil sahaja, ia adalah satu api semangat yang telah mula menyala dalam diri anda. Percayalah bahawa, setelah api semangat yang kecil ini telah menyala, anda akan rasa lebih berminat untuk menambahkan apa yang anda tahu. Jadi anda kuasai bahagain lain pula.

Semakin banyak yang anda kuasai, semakin besar nyalaan api semangat ini. Keyakinan diri anda akan bertambah. Penguasaan anda terhadap subjek juga akan bertambah. Apabila api ini sudah cukup besar dan menyala dengan begitu berkobar-kobar, insyaallah saya percaya anda akan kecapi kejayaan yang anda idam-idamkan.

osman affan

2 Responses to Motivasi diri menjelang peperiksaan

  1. capablanca berkata:

    Hi, En. Osman. Adakah perkara yang sebaliknya boleh berlaku? Sebagai contoh, bila saya mula tingkatan 4, saya sangat suka subjek matematik tambahan. Namun, apabila saya semakin mendalam ke dalam subjek ini, penguasaan saya terhadapnya semakin lemah dan markah ujian saya semakin rendah. Oleh itu, saya mula hilang minat untuk belajar subjek ini.

  2. Osman Affan berkata:

    Capablanca,

    Suka tidak bermaksud menguasai. Nyata Capablanca mula hilang minat setelah tidak boleh kuasai subjek tu. Sebab tu saya kata, kita kena nyalakan api yang kecil dahulu. Cara menyalakan api yang kecil itu ialah dengan menguasai mana-mana bahagian dalam matematik tambahan supaya kita rasa yakin, seronok dan bersemangat. Macam budak-budak kecik jugak, bila dah pandai naik basikal, asyik nak naik basikal je siang dan malam.

    Lepas kuasai satu bahagian yang kecil, barulah biarkan api tu merebak. Tetapi, jika api kecil tu pun tak menyala, memang tak boleh la ia membesar. Itu yang menyebabkan pelajar jadi sejuk, tak bersemangat dan tak minat. 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: