Motivasi diri menjelang peperiksaan

Tip hari agak penting. Seperti yang telah saya terangkan sebelum ini, jika anda hendak mengekalkan motivasi diri, anda perlu mengekalkan imej kejayaan dan imej positif di dalam diri anda. Salah satu cara mudah untuk mencapai perkara ini ialah dengan berlakon. Ya, berlakon!

Apa yang perlu anda buat ialah, apabila anda hendak duduk dan mula belajar, berlakon seolah-olah anda adalah seorang pelajar paling pintar di Malaysia. Apabila hendak berlakon, anda perlu buat betul-betul seperti orang berlakon. Anda perlu duduk seperti pelajar pintar, anda perlu buat memek muka seperti pelajar pintar, dan bergerak juga seperti pelajar pintar. Bagaimana pelajar pintar lakukan semua itu? Anda cuma perlu bayangkan sahaja kalau seseorang itu pelajar pintar, bagaimana agaknya cara mereka lakukan semua perkara tadi.

Osman Affan

Berlakon yang anda juga adalah seorang pelajar pintar yang paling bersemangat semasa belajar. Berlakon seperti anda betul-betul berseronok dan gembira semasa anda belajar dan mengulangkaji.

Mengapa perlu berlakon?……… Sebabnya, otak anda tidak dapat membezakan sama ada berlakon atau betul-betul rasa seronok dan pintar semasa belajar. jadi, bila anda berlakon seperti pelajar pintar, pergerakan tubuh anda akan berubah jadi seperti pelajar pintar dengan sendirinya. Tetapi yang lebih hebat, pemikiran anda akan jadi lebih lancar dan lebih mudah untuk memahami sesuatu. pendek kata, anda betul-betul jadi pelajar pintar.

Saya faham, selalunya tidak lama anda boleh kekalkan berlakon begini. Tidak mengapa. Ada yang bertahan selama 10 minit. Ada yang lebih. Tetapi buat teknik ini setiap kali anda mahu belajar. lama kelamaan anda akan bertahan lebih lama. Beri sedikit masa sahaja lagi, insyaallah anda akan kekal berfikiran seperti seorang pelajar paling pintar di Malaysia. 🙂

Selamat mencuba.

Osman Affan

 

2 Responses to Motivasi diri menjelang peperiksaan

  1. capablanca berkata:

    Wow, saya tidak menyangka cara ini boleh digunakan. Walau bagaimanpun, bagaimana cara seorang yang pintar itu bertindak? Hal ini agak sukar bagi saya kerana apabila saya menilai ragam orang pintar di kelas saya, mereka semua mempunyai kelakuan yang berlainan.

  2. jang berkata:

    salam… saya pelajar universiti… i’ve tried this… jadi pelakon. sbg seorang pelajar yang pintar.. and its really works on me.. thanks to all motivators yg prnh ajar saya this step… thanks… tapi sy tkut sy nie xkonsisten… camner ek..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: