Motivasi diri menjelang peperiksaan

Satu tip untuk memotivasikan diri menjelang peperiksaan ialah dengan mulakan dengan nyalaan api yang kecil. Satu cara yang saya kongsikan untuk menyalakan api yang kecil itu ialah dengan menguasai satu bahagian kecil dalam pelajaran anda dan biarkan ia merebak ke bahagian lain matapelajaran itu.

Tips hari ini ialah untuk anda menyalakan api kecil itu, bukan dengan menguasai subjek, tetapi dengan mencari apakah perkara yang boleh menyalakan api kecil dalam diri anda itu. Maksudnya begini. Pernahkah anda sedang buat sesuatu seperti menonton televisyen, bermain bolasepak, berjalan-jalan, membeli belah atau berehat, tiba-tiba sahaja anda rasa semangat anda untuk belajar meningkat. Anda jadi bersemangat dengan tiba-tiba. Apabila itu berlaku, anda terus rasa rajin untuk belajar dan mengulangkaji. Apa yang berlaku ini ialah api semangat yang kecil itu telah menyala. Ia tidak menyala dengan sendiri, tetapi sesuatu yang anda lakukan telah menyalakannya.

osman affan

Tugas anda hari ini ialah untuk mencari apakah aktiviti yang anda lakukan yang boleh menyalakan api semangat dalam diri anda ini. Ia tidak semestinya anda mesti baca buku. Jika anda tanya saya, api semangat dalam diri saya selalunya menyala jika saya menonton movie yang berkisahkan kehebatan manusia seperti kisah Ejen rahsia yang hebat seperti ‘The Bourne Identity & The Bourne Supremacy’ dan beberapa cerita fantasi lain. (Malu pula saya hendak nyatakan filem-filem fantasi berasaskan komik yang saya minati :)  ) Apabila saya menonton cerita begini, saya rasa bersemangat melihat kehebatan watak-watak dalam cerita itu. Ini secara langsung menyalakan api kecil dalam diri saya. Jadi, setiap kali saya hilang semangat dan memerlukan api kecil itu, saya akan pasang vcd movie yang saya minat tadi.

Bagaimana dengan anda? Apakah aktiviti begini untuk anda? Saya perlu ingatkan bahawa pada mulanya agak sukar untuk mencari aktiviti ini tetapi jika anda teruskan usaha dan membuka mata dan minda anda, insyaallah anda akan jumpa.

Selamat Mencari. 🙂

osman affan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: