Teknik berdoa

Setelah anda tahu 5 asas dalam melafazkan doa, anda perlu tahu bagaimana cara melaksanakan doa supaya anda kekal bersemangat dan mula menuju ke arah matlamat anda. Kebanyakan pelajar tidak tahu 5 asas yang saya berikan semalam. Bagi pelajar yang tahu 5 asas doa itu pula tidak tahu bagaimana cara yang betul untuk melaksanakannya.

Ada 5 langkah lagi untuk melaksanakan doa (Fuhh!! banyak betul langkah ni. Harapnya anda belum penat lagi  :)  )

Langkah satu – Kenal pasti apa yang anda mahukan sejelas-jelasnya. Saya sedar kebanyakan pelajar berdoa dengan doa yang sudah dihafal. Doa-doa yang ada dalam buku semuanya bagus jika anda baca. Namun saya percaya adalah bagus juga jika anda membaca doa anda sendiri, iaitu apa yang anda inginkan dalam ayat anda sendiri. Apabila anda guna ayat sendiri, anda lebih faham apa yang anda minta, anda rasa lebih selesa dan lebih jelas tentang apa yang anda mahu. Jadi, mula tulis doa menggunakan ayat anda sendiri.

Langkah kedua – Lafazkan doa anda. Anda boleh lafaz dalam hati tetapi bagus lagi jika anda lafazkan dengan suara. Tidak perlu suara yang kuat. Cukup untuk telinga anda mendengar suara anda sendiri sahaja. Ingat, lafazkan doa dalam bentuk positif. Jangan doa “Aku tidak mahu gagal lagi”. jika anda doa begini, perkataan gagal akan memenuhi minda anda dan itulah selalunya yang akan muncul dalam hidup anda. Lafaz “aku berjaya dalam peperiksaan UPSR/PMR/SPM/STPM dengan 5A/6A/7A….”

(Saya akan kongsikan langkah seterusnya esok)

osman affan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: