Teknik berdoa

Anda tentu sudah tahu langkah satu dan langkah dua teknik berdoa kan? Bagaimana pula dengan langkah seterusnya?

Langkah Tiga – bayangkan anda sudah mendapat apa yang anda minta dan hajatkan. Semasa anda melafazkan doa anda, bayangkan dalam minda anda sejelas-jelasnya akan apa yang anda minta. Jika anda berdoa untuk dapat 5A, bayangkan hari anda mengambil keputusan peperiksaan dan apabila anda melihat kertas itu, anda lihat 5A dalam di dalamnya seperti yang anda mahukan. Bayangkan situasi itu dengan jelas. Siapa yang ada bersama anda ketika itu? Adakah guru anda ada bersama? Adakah ibu bapa anda ada bersama?

osman affan

Langkah 4 – masukkan emosi ke dalam imaginasi anda tadi. Semasa anda membayangkan anda mendapat 5A tadi, apakah agakanya anda akan rasa ketika itu? Adakah anda akan sekadar tersenyum? Tentu tidak bukan? Ada pelajar yang berkata bahawa mereka akan melompat-lompat jika mereka mendapat keputusan yang mereka inginkan. Itulah emosi yang patut anda rasa. Imaginasi tanpa emosi tidak mencetuskan apa-apa semangat yang boleh membantu. Jadi, masukkan emosi yang sesuai.

Langkah 5 – Insyaallah apa yang anda doakan akan termakbul. Hebatnya manusia ciptaan Allah, jika kita percaya dan yakin kita boleh berjaya, kita akan berjaya. Jika kita ragu-ragu semasa berdoa, kesannya juga tidak akan begitu baik. Jadi, berusaha dengan gigih selepas berdoa dan kemudian serahkan segalanya kepada Allah…….

osman affan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: