Mutiara Kata

Matlamat tanpa usaha adalah angan-angan. Usaha tanpa matlamat umpama berjalan tanpa tujuan. Matlamat beserta usaha pasti menghasilkan kejayaan. ~Osman Affan

Saya percaya anda ada matlamat, sebab itulah anda membaca petua harian ini untuk membantu usaha anda. Tips-tips motivasi diri menjelang peperiksaan sepanjang minggu ini  menekankan tentang usaha anda untuk mencapai kejayaan. Walaupun ia mungkin kelihatan mudah, ia tidak begitu mudah untuk dipraktikkan. Saya sendiri juga sentiasa perlu mengingatkan diri saya supaya sentiasa mengamalkan tips-tips yang saya kongsikan bersama anda di sini. Saya percaya anda tidak semestinya perlu baca 1000 petua untuk mencapai kejayaan. Selalunya, hanya dengan satu petua sahaja yang benar-benar dipraktikkan dan diamalkan, apa yang anda ingin kecapi selama ini akan tercapai. Persoalannya, sanggupkah anda anda berubah daripada tabiat lama kepada tabiat yang boleh membawa anda ke arah kejayaan?osman affan

2 Responses to Mutiara Kata

  1. remyjo berkata:

    En Osman,

    Saya minat ruangan ni. Saya nak minta pandangan, jika dalam dalam satu malam kita peruntukkan 3 jam untuk belajar, perlukah kita manafaatkan masa tu untuk satu subjek je atau lebih? Dalam waktu menjelang peperiksaan ni masa terlalu singkat, jadi tak tau camna nak bagikan waktu belajar efektif..

    TQ

  2. Osman Affan berkata:

    Remyjo,

    1 subjek atau lebih bergantung kepada berapa banyak masa yang ada dan berapa banyak subjek yang ada. 3 jam sesuai kalau buat dua subjek atau tiga subjek kalau masa terlalu singkat. Study satu subjek dalam 40 ke 50 minit dan rehat dalam 10 ke 15 minit untuk belajar subjek lain.

    Perlu ingat, sebab masa singkat, setiap kali duduk untuk belajar, perlu tahu apa yang hendak dicapai dalam masa yang singkat tu. Bagi saya, waktu belajar efektif ialah bila kita boleh memaksimakan apa yang kita pelajari dalam masa yang kita ada.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: