Adab menuntut ilmu

Pernahkah anda menghantar surat atau email kepada seseorang untuk mengetahui sesuatu? Bagaimana cara anda memulakan surat atau email anda? Adakah anda akan tulis dengan bahasa yang sopan dan tidak mendesak atau sebaliknya?

osman affan

 

Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman saya dalam menangani email daripada orang-orang yang tidak saya kenali.  Saya berikan beberapa contoh email yang pernah saya terima. Email-email ini sangat pendek. Saya tidak perlu memendekkan email itu kerana ia memang tidak panjang…..🙂

 

Boleh cerita macam mana nak belajar dengan berkesan?…. 

Kenapa cikgu kat sekolah suka pilih kasih? 

Macam mana nak belajar teknik bacaan pantas dengan mudah? Sila balas dengan segera.(saya tidak balas email ini, selang beberapa hari penulisnya menghantar email lagi kepada saya) 

Saya serius tanya tentang cara bacaan pantas. Harap tuan serius juga juga menjawabnya dengan segera. 

 

Saya hanya menggeleng kepala apabila mendapat email begini. Jika anda mendapat email begini, apakah yang akan anda lakukan?

osman affan

2 Responses to Adab menuntut ilmu

  1. ayein berkata:

    jika anda mendapat email begini, apakah yang anda lakukan? soalan yang menarik perhatian saya selepas membaca petikan diatas, jikalau saya, saya akan layan adil dan saksama, orang yang suka menghantar email-email yang pendek ini berkemungkinan orang yang tak pandai membungakan ayat, orang yang malas untuk menaip ayat berjela-jela, orang yang terus menyatakan isi, dan kadang kala orang seperti begini bukannya seorang yang “nerd/geek” atau bahasa yang gunakan oleh remaja zaman sekarang “skema”, mereka seperti ini sebenarnya dalam hati ada niat untuk berjaya walaupun perwatakan dari zahirnya kita lihat ada ciri-ciri negatif serta mempunyai inisiatif sendiri untuk email tuan kerana mereka ingin berubah, bukankah itu lebih baik daripada segelintir insan yang hanya membaca artikel dan tidak mengambil iktibar? sekurang-kurangnya tuan patut berasa bangga dan bersyukur kerana ada juga orang yang memerlukan perkhidmatan tuan kerana mereka percaya yang tuan dapat membantu mereka, tetapi jika tuan tidak melayan mereka, pastinya mereka akan merasa tersinggung dan membuat tanggapan yang tak sedap didengar. saya faham yang tugas seorang guru bukannya mudah, tapi bukankah sifat peribadi seorang guru memerlukan kesabaran serta sanggup memberi tunjuk ajar kepada SEMUA anak murid? natijahnya, tuan haruslah melayan karenah-karenah ini semua, anggaplah ini sebagai cabaran. Minta maaf minta ampun jika saya terkasar bahasa🙂

  2. Osman Affan berkata:

    Assalamualaikum Ayein. Selamat berkenalan…🙂

    Terima kasih atas pendapat Ayein. Saya setuju dengan pendapat tu. Bagi saya, pendapat Ayein adalah menurut pandangan positif mengapa tibanya email2 begitu. Tak perlu minta maaf sebab saya tak nampak apa yang kasar pun.🙂

    Berdasarkan pendapat Ayein ada tiga perkara yang saya perlu utarakan disini. Satu, cikgu atau guru adalah manusia biasa. Positif atau tidak, mereka akan terpengaruh dengan emosi mereka. Jika kita berpegang dengan prinsip seorang guru perlu lebih memahami dan kita mula tidak menjaga adab semasa mahu menuntut ilmu, kita pasti akan rugi kerana kita tidak akan mendapat apa yang ingin kita pelajari. Bayangkan jika anda tersinggung dengan seseorang yang mahu belajar daripada anda, bolehkah anda menumpukan perhatian untuk berkongsi ilmu itu?

    Kedua, petua ini saya tujukan secara umum, bukan kepada email yang saya terima sahaja. Saya banyak mendengar rungutan sahabat-sahabat saya yang menghadapi situasi ini. Positif macam mana pun, manusia akan ada masa pasang surutnya. Jadi petua yang saya kongsikan adalah untuk sesiapa yang mahu mempelajari sesuatu yang baru melalui pertanyaan melalui email atau sms atau juga melalui telefon bukan kepada saya sahaja, tetapi kepada sesiapa sahaja yang mempunyai sesuatu pengetahuan. Saya nampak betapa ruginya kalau kita tidak menjaga adab menuntut ilmu ini kerana kita tidak akan mendapat ilmu yang kita harapkan.

    Akhir sekali, Ayein ada kata, “mungkin orang yang menghantar email ini tidak pandai membungakan ayat atau malas menulis berjela-jela”. Sebab inilah saya kongsikan petua ini🙂 . Maksudnya, selepas ini, kalau sesiapa yang tak tahu apa nak taip, boleh gunakan petua dalam topik ni untuk dipraktikkan di masa akan datang. Lebih baik bukan?🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: