Adab menuntut ilmu

Menuntut ilmu perlu ada adab yang betul. Ini kerana, ilmu itu hanya akan diperolehi dengan kerelaan dan kesediaan daripada seseorang yang mempunyai ilmu itu. Tidak kira anda mahu belajar atau menuntut ilmu dari sesiapa pun, anda perlu menjaga adab anda. Walaupun anda mahu belajar daripada seseorang yang lebih muda, seseorang yang lebih miskin, seseorang yang kurang berjaya mahupun daripada seseorang yang anda tidak kenali. 

Berbalik kepada cerita tentang email semalam, saya selalunya malas hendak melayan email-email yang sebegitu. Satu sebabnya, saya sudah sedia ada sibuk dengan pekerjaan dan tanggungjawab saya. Satu lagi sebab yang paling utama, email-email begitu membuat saya rasa jika saya balas pun, pasti penulis tidak akan dapat memanfaatkan apa yang saya akan berikan. Jadi, apa saya buat, saya akan delete email itu atau saya balas dengan menceritakan tentang adab menuntut ilmu ini🙂

osman affan

Apa yang perlu anda lakukan jika anda mahu menuntut ilmu melalui pertanyaan melalui email? Pertama, jangan lupa beri salam. Bayangkan kalau orang masuk rumah anda melulu tanpa ucapan salam atau pun senyuman, apa anda akan rasa? 

Kemudian, perkenalkan diri anda. Tidak perlu panjang. Pendek sahaja sudah mencukupi. Cukup juga dengan menerangkan nama anda dan dari mana anda menulis email. Kemudian, beritahu tujuan anda menulis email tersebut. Elakkan daripada mendesak seperti menyuruh seseorang itu membalas dengan segera. Jika anda memerlukan jawapan dengan segera, mohon maaf dahulu dan tanya jika ada kemungkinan untuk beliau membalas email anda dalam masa terdekat. Ini akan terpulang kepada budi bicara beliau. 

Selamat menuntut ilmu🙂

osman affan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: