Bila Ramadhan Menjelma

Satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan mengenai berpuasa di zaman persekolahan ialah kisah dua sahabat baik saya. Ketika itu sudah hampir bulan ramadhan dan kebanyakan pelajar yang tinggal di asrama mula membiasakan diri dengan mengamalkan puasa sunat. (Saya disekolah menengah di Trg ketika itu).

Dua sahabat saya ini sudah niat untuk puasa sunat, dan selepas sembahyang subuh dan sesi membaca al-quran, lebih kurang pukul 7.30 pagi, mereka mendapat tahu bahawa ada latihan bola sepak untuk pemilihan pemain di akhir minggu itu. Dua sahabat saya ini terkejut juga kerana mereka sedang berpuasa sunat dan mereka pula sangat suka bermain bolasepak. Saya terfikir, apa agaknya akan mereka lakukan. Adakah mereka akan membatalkan niat puasa sunat itu atau adakah mereka akan membatalkan niat menyertai latihan pemilihan pemain bolasepak itu?

Saya terkejut. Apa yang mereka pilih ialah, mereka terus berpuasa dan mereka pergi juga ke latihan bolasepak itu. Latihan itu berlangsung hampir 2 jam dari pukul 8 – 10 pagi. Habis latihan, dua sahabat saya ini kelihatan sangat letih tetapi masih lagi ceria.

Sesi persekolahan kami adalah pada waktu petang ketika itu. Apabila saya pulang ke asrama lebih kurang pukul 6.30 petang, saya lihat dua sahabat saya ini terlentang tidur, tidak sedarkan diri. Muka mereka kelihatan agak pucat. Tetapi saya rasa amat kagum dengan mereka kerana mereka masih lagi berpuasa, walaupun itu cuma puasa sunat. Saya amat kagum melihat disiplin dan keteguhan semangat mereka ini. Salah seorang sahabat saya yang berpuasa itu adalah pelajar terbaik peringkat PMR di sekolah saya pada tahun itu. Saya percaya, semangat beliau yang saya lihat semasa menjalankan ibadah puasa itu jugalah yang mendorong kejayaan dan kecemerlangan beliau.

Sejak itu, jika saya merasa lemah semangat atau rasa ingin berputus asa, saya selalu cuba ingat akan kisah ini. Kisah bagaimana ketabahan dan semangat dua sahabat saya dalam menunaikan janji mereka untuk puasa sunat ini. Saya lihat kisah ini bukan sebagai kisah puasa sahaja, malah sebagai satu kisah kekuatan diri, keazaman dan disiplin diri pada tahap tertinggi. JIka semua pelajar mempunyai semangat sebegini, kecemerlangan di dalam bidang akademik akan menjadi sesuatu yang amat mudah. Mampukah saya dan anda mempunyai semangat dan disiplin diri begini? 🙂

osman affan

4 Responses to Bila Ramadhan Menjelma

  1. sham berkata:

    first time,saya melawat blog ni.Bila saudara osman sebut pasal sekolah,teringat jugak zaman sekolah dulu..Mcm² kenangan..manis,pahit..kene rotan,,fly ke pantai,fly bli makanan mlm².terjun dari tingkat satu sebab xnak kene rotan…nakal jugak saya dulu..

    Anyway,satu pengisian yang menarik…Selamat berpuasa.

  2. Osman Affan berkata:

    Selamat berkenalan En Sham 🙂

    Itu la, sekali-sekala ingat balik kisah-kisah nakal masa belajar dulu seronok jugak. Selalunya pelajar yang pernah tinggal kat asrama la yang banyak kisah-kisah menarik macam yang En Sham ceritakan tu.

    Selamat berpuasa.

  3. fai berkata:

    Punya la puas mencari blog Encik Osman, skrg baru dapat.. Hu hu..

    Crita tntg skolah ni mmg best.. saya setiap taun yg penting iaitu masa Form 5 & Upper 6, saya mmg byk crita yg menarik

  4. Osman Affan berkata:

    Cari kat mana Fai sampai tak jumpa nih….🙂

    Anyway, selamat datang, dan selamat berpuasa…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: