Bila Ramadhan Menjelma

Pernahkah anda terfikir, mengapa, di bulan ramadhan, semua makanan yang selama ini nampak tidak menarik, tidak sedap, membosankan dan tidak menyelerakan kelihatan sebaliknya? Maksud saya, di bulan ramadhan, air mineral dan roti kosong pun nampak sangat menyelerakan. Bahkan, goreng pisang dan keropok goreng yang dijual di tepi jalan yang selama ini kita tak pandang pun kelihatan sangat menyelerakan. (yang kelakarnya, kadang-kadang sayur pun kelihatan amat menyelerakan :)  )

puasa

Saya percaya anda pasti jawab sebabnya ialah dalam bulan ramadhan kita sedang lapar. Sebab itulah semua makanan nampak menyelerakan. Betul!! Saya setuju dengan anda. Tetapi apa yang boleh kita pelajari daripada perkara ini?

puasa

Banyak perkara yang boleh anda pelajari sebenarnya. Satu perkara yang boleh anda pelajari sekarang ialah anda perlu menggunakan segala peluang yang ada sebelum anda terlepas akan peluang itu. Manusia selalunya menghargai sesuatu apabila mereka telah kehilangan sesuatu itu. Dalam tajuk ini, saya minta anda hargai peluang yang anda ada sebagai seorang pelajar.

Sekarang anda masih ada peluang untuk belajar bersungguh-sungguh dan meningkatkan kecemerlangan anda. Selepas peluang ini hilang dan sekiranya anda gagal mencapai apa yang anda inginkan dalam pelajaran, anda akan melihat kepada peluang-peluang itu seperti anda melihat makanan di waktu siang, terliur, tetapi anda tidak boleh dapatkannya.

osman affan

2 Responses to Bila Ramadhan Menjelma

  1. remyjo berkata:

    En Osman,

    Memang bernas apa yang yang en Osman katakan. Peluang hanya datang sekali. Dulu saya selalu melihat peluang itu berlalu tanpa sebarang tindakan. Kini saya berjanji pada diri saya setiap peluang yang datang pasti saya akan merebutnya. Peluang saya untuk berjaya semasa alam persekolahan dulu telah berlalu, namun saya rasa rasa masih tidak terlambat untuk memperbaiki kesilapan dulu. Kini saya telah merebut peluang belajar semula luar kampus. ” Better late than nothing” itulah kata-kata motivasi yang saya pegang.

  2. Osman Affan berkata:

    Selamat berpuasa En remyjo.

    Bagus kata-kata motivasi tu. Bagi saya pulak, untuk menimba ilmu, memang tidak pernah terlambat. Menimba ilmu adalah lifelong process orang putih kata. Dalam agama pulak, kita memang dituntut untuk menuntut ilmu kerana itulah punca kekuatan utama kita umat Islam.🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: