Osman Affan

osman affan

Osman Affan adalah anak kelahiran Kuala Lumpur. Beliau dilahirkan pada 16 Februari 1976 di Hospital Besar Kuala Lumpur. Ayah beliau ketika itu berkhidmat sebagai tentera bersama Tentera Diraja Malaysia. Jadi, sejak kecil beliau telah dibesarkan dibeberapa tempat berlainan seperti di Kelantan, Kuala Lumpur, Selangor dan Sarawak. Apabila ayah beliau bersara dari tentera semasa beliau berumur 8 tahun, keluarga beliau berpindah ke Terengganu dan menetap di sana. 

1988 adalah tahun pertama peperiksaan UPSR diperkenalkan. Osman Affan merupakan salah seorang daripada pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut. Berkat usaha dan restu ibu bapa, beliau berjaya mendapat 5A dan meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring. 3 tahun kemudian, beliau sekali lagi mendapat kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan SRP dan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Di situ bakat beliau semakin menyerlah di dalam bidang akademik dan juga kurikulum. Beliau mendapat kejayaan 6 agregat dalam peperiksaan SPM pada tahun 1993 lalu ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dalam bidang Perakaunan dan Kewangan. 

Setelah mendapat Ijazah Sarjana Muda, beliau bekerja di dalam bidang pemasaran selama 8 bulan dan kemudian diterima bekerja di sebuah syarikat Perakaunan terbesar di dunia iaitu Pricewaterhouse Chartered Accountant. Beliau menimba pengalaman selama 3 tahun di syarikat tersebut. Satu perkara yang amat mengejutkan beliau sewaktu bekerja  ialah, beliau mula rasakan yang minat beliau adalah bukan dalam bidang perakaunan. Sejak kecil lagi beliau sudah meminati bidang psikologi. Namun, beliau tidak pasti sama ada bidang psikologi mempunyai bidang kerjaya yang baik. Setelah difikirkan dengan teliti, Osman Affan membuat keputusan untuk meninggalkan bidang perakaunan dan meneruskan minat beliau dalam bidang psikologi. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling. 

smartstudy

Kerjaya Osman Affan dalam bidang motivasi dan kemahiran belajar semakin berkembang apabila beliau mengasaskan SmartStudy pada akhir tahun 2003. SmartStudy pada asalnya hanya sebuah pusat tuisyen biasa yang menawarkan kelas kemahiran belajar secara percuma. Kelas Kemahiran Belajar ini diadakan setiap minggu. Bermula disini, Osman Affan dapat berlatih menyampaikan mesej kemahiran belajar beliau kepada para pelajar.

Kini, beliau mempunyai perniagaan sendiri di dalam bidang pendidikan. Selain mengendalikan ‘Pusat Tuisyen ini, beliau banyak membuat program-program kemahiran belajar dan motivasi di peringkat sekolah, kolej dan universiti. Beliau juga terlibat dengan ‘Student Learning Enhancement Unit (SLEU)’ di Universiti Islam Antarabangsa yang berperanan untuk membina modul kemahiran belajar dan jatidiri bagi pelajar di peringkat sarjana muda. 

Ketika usia remaja, Osman Affan adalah seorang pelajar yang sangat aktif. Di sekolah rendah, selain menjadi ketua pengawas, beliau banyak mewakili sekolah dalam aktiviti seperti perkhemahan pengakap, bola sepak, menghafaz Al-Quran dan drama Bahasa Inggeris. Di sekolah menengah pula, beliau aktif dan mewakili sekolah beliau ke pertandingan hoki, catur, bola keranjang, silat olahraga dan lontar peluru. Di tingkatan 2, beliau pernah terpilih mewakili Terengganu ke pertandingan catur yang diadakan di Sabah.Di Kolej Islam Sultan Alam Shah, beliau dianugerahkan dengan Anugerah Emas. Anugerah ini diberikan sempena kecemerlangan beliau di dalam peperiksaan SPM dan peperiksaan Sijil Khas Kolej, kecemerlangan beliau dalam aktiviti sukan iaitu sukan lontar peluru, bola keranjang dan silat olahraga dan kecemerlangan kepimpinan kerana memegang jawatan sebagai Ketua Pelajar dan Presiden Persatuan Silat Seni gayung Malaysia. Keaktifan beliau tidak terhenti di setakat itu sahaja. Di Pusat Pendidkan Persediaan (PPP) ITM Shah Alam, beliau terpilih sebagai presiden bagi persatuan pelajar yang akan ke United Kingdom dan mewakili PPP ITM dalam sukan catur, bola keranjang dan juga dalam pertandingan drama antara matrikulasi. 

Buku SmartStudy 

Minat beliau dalam penulisan berputik apabila beliau cuba menyampaikan mesej kemahiran belajar kepada para pelajar beliau. Beliau sedar bahawa agak sukar untuk membuat pelajar sedar akan kepentingan mempunyai kemahiran belajar. Usaha ini boleh menjadi berkesan apabila pelajar diberikan cerita-cerita menarik yang berkaitan dengan kemahiran belajar dan motivasi. Di situlah mulanya Osman Affan menulis cerita-cerita pendek untuk pelajar beliau. Kini, beliau kumpulkan hasil penulisan beliau ke dalam bentuk buku untuk lebih mudah difahami.  

Latar belakang Osman Affan yang lebih lanjut boleh didapati di www.osmanaffan.com.

41 Responses to Osman Affan

  1. Noorizam Shah berkata:

    tahniah En Osman Affan.. 🙂

  2. Osman Affan berkata:

    Assalamualaikum.

    Hai Noorizam. Selamat berkenalan…. 🙂

  3. ladybirdmerah berkata:

    Assalamualaikum,

    Terima kasih kerana sedia berkongsi tips2 study smart melalui wordpress. Manusia akan mendengar jika yang bercakap tentang sesuatu itu adalah ahli dalam bidang tersebut. 🙂
    Semoga terus berjaya untuk membantu orang lain berjaya. 🙂

  4. Osman Affan berkata:

    Waalaikumsalam.

    Ladybird…. selamat berkenalan 🙂

    Terima kasih atas sokongan…. 🙂

  5. erwina berkata:

    assalamualikum saudara osman..
    saya sungguh tertarik dengan kejayaan saudara..
    untuk pengetahun saudar saya adalah pelajar PJJ..
    saya ingin tahu tentang definisi kemahiran belajar dari pandangan saudara..
    jika tidak keberatan saudara boleh email kan kepada saya di adienda_18@yahoo.com..terima kasih..assalamualaikum

  6. Osman Affan berkata:

    Waalaikumsalam.

    Erwina….selamat berkenalan… 🙂

    Saya definisikan kemahiran belajar sebagai kemahiran untuk menguasai sesuatu ilmu dengan lebih cepat dan berkesan. Itu je kalau dari segi definisi saya rasa. Tapi, cara pelaksanaan dan praktikalnya, lebih panjang… itu yang cuba saya kongsikan melalui blog ini.

    p/s saya sudah alihkan blog ini ke http://www.osmanaffan.com/petua
    Semua posting terbaru ada di sana.

  7. Brut berkata:

    Tahniah Max. Tapai bg info. Semoga anda suksess selalu. Amin.

  8. Jijan berkata:

    Woit man, gila macho gambar cover buku kau…..hehehehehehe…bila nak dtg sini jumpa aku ngan lan…anyway tahniah on your book launching……

  9. nea berkata:

    Assalamu’alaikum. saya mahasiswa pendidikan dari Indonesia, senang membaca tulisan-tulisan anda.

  10. amirul berkata:

    assalamualaikum, en. osman affan saya ingin menanyakan macam mana cara belajar yang betul, ini kerana saya selalu gagal dalam peperiksaan walaupun selalu belajar. Saya berharap en. osman affan dapat memberi pandangan kerana peperiksaan penting bagi saya akan saya menghadapi tidak lama lagi…

  11. Nadzira berkata:

    Assalamualaikum.Tuan Osman Affan.Apa habaq?Saya baru kat sini.

  12. amirul berkata:

    assalamualaikum, en. osman affan saya ingin menanyakan macam mana cara belajar yang betul, ini kerana saya selalu gagal dalam peperiksaan walaupun selalu belajar. Saya berharap en. osman affan dapat memberi pandangan kerana peperiksaan penting bagi saya akan saya menghadapi tidak lama lagi…

  13. syafiqa islam berkata:

    Assalamualaikom..
    saya berasa amat bersemangat dengan kata2 En. Osman itu..
    doakn saya kerana tahun ini saya bakal menduduki SPM..
    Insyaallah.. 🙂

  14. nurul berkata:

    assalamualaikum…….
    En.osman saya nak bertanya apakah yang boleh didefinisikan dengan learning study skills..

  15. ayie azhari berkata:

    a’skum,
    saya student UMS,
    dalam perancangan mahu buat program motivasi di Sabah,
    macam mana caranya kalau saya mahu jemput tuan jadi penceramah?
    perlukan bayaran?

    balas di email saya,
    terima kasih

  16. Labu berkata:

    hai..
    Saya golongan belia yang memerlukan motivasi.
    Boleh ke tolong motivasikan kami budak2 lepas sekolah kat kampung ni..
    please….

  17. fARIDAH berkata:

    Assalamualaikum…
    Terima kasih En. Osman kerana sudi datang ke UDM. Banyak ilmu dan nasihat telah saya dapat dan Insyaallah saya cuba amalkan bersama rakan-rakan saya yang lain. Terima kasih yang tak terhingga saya ucapakan..
    Namun begitu saya ingin bertanya beberapa tips untuk proses mengingat.
    1) Cara untuk mengingati langkah-langkah dalam mempelajari silat..sedangkan saya seorang audiolisasi manakala partner saya seorang visualisasi.
    2)Bagaimana untuk membuang perasaan rendah yang sangat teruk lebih-lebih lagi ketika berhadapan orang ramai..
    TERIMA KASIH..

  18. osmanaffan berkata:

    Assalamualaikum.

    Terima kasih kepada semua yang meninggalkan mesej di blog saya ini. Sebenarnya sudah lama benar saya tidak masuk ke blog ini. Walaupun ia masih wujud, saya sudah tidak lagi menulis blog saya di sini. Semua hasil tulisan terbaru saya ada di http://www.osmanaffan.com/petua . Di situlah letaknya blog saya sekarang.

    Jadi, jika tidak keberatan, kita jumpa di sana ye. 🙂

  19. ANZULAIKHA berkata:

    as’kum
    sy stdnt stpm 2008..
    jurusan sains tulen..sy sbenarnya tdk tahu utk memulakan persediaan sy dlm exm ni so sy nk minta petua dr tuan bagaimana utk menyelesaikan masalh ini..tq
    pikkanz_motivack@yahoo.com.my

  20. ANZULAIKHA berkata:

    as’kum..
    bagaimana utk meningkatkan keyakinan dlm diri sdangkn sy adalah seorang anggota pembimbing rakan sebaya..

  21. Siti Fauziah Bt Abd. Latip berkata:

    salam ckg..
    msh ingat lg kh TIGE 🙂 e2.. hehehe..
    tQ coze sudi b’tndg ke KUDAT yea..

  22. atikah ahmad berkata:

    pada 11.3.. cik affan wat ceramah kat kolej islam johor..
    memang best!!!!!!!!!!
    tahniah,…

  23. are-lisaa berkata:

    macam mana erk nak jadi seorg plajar cemerlang??:)

  24. sasa berkata:

    salam,saya ingin bertanya saudara,mustahil atau tidak jika saya tidak mengambil ape2 kelas tusyen unk menghadapi PMR ini?kebanyakan murid pergi ke kelas tusyen,boleh kah saya hanya belajar sendiri di rumah?bole kah saya mendapat 8as nanti?

  25. NASIHA berkata:

    BEST GLEW PROGRAM KAT TTC!!!!

  26. NASIHA berkata:

    HARAP TUAN SUDI BERKUNJUNG KE IMTIAZ K.TRG!!BAGI TIPS SMART STUDY KAT STUDENT FORM 5 2010..BLEHKAN??
    Students kat sini kadang-kadang hilang keyakinan diri ble gagal exam..help us..

  27. Rusiati Ngah berkata:

    Pelajar saya memang sukakan program tuan, tp camna nak suruh diorang aplikasikan berterusan. Rasanya nak bawa tuan ke imtiaz kbrg, tp takut mahal sangat bayarannya…. macammana ya??….

  28. khalish berkata:

    saya berasa sangat seronok dpt bljr dgn cikgu ktika di dewan TUNKU ABDUL RAHMAN pada hari sabtu yg lalu di kuala terengganu

    trima kasih krne sudi mengajar kami tempoh hari

    insyaalah sye ingin mengikuti nye lagi …………

    sekian dripada (KHALISH)pelajar SM IMTIAZ KUALA TERENGGANU

    TINGKATAN ????????????????????? 2010 PMR (2011)

  29. Syahirah berkata:

    assalamualaikum ..
    erm .. mdh-mdhan web ney dpt tlng otak saya yg lmbab matematik ney .. time kasih en osman ..

  30. aan berkata:

    salam..blh x dr give saya cara menyusun jadual study coz saya duk asrama.mase fix sangat give tip study..thankss so much

  31. jiwa celaru berkata:

    saya pelajar universiti.saya baru tamat diploma dan skrg tgh smbung degree.masalah saya di sini,keputusan saya merosot.tak seperti dahulu.adakah keadaan sekeliling yg berubah mempengaruhi saya?apa yang patut saya lakukan?saya sangat ingin cemerlang seperti dulu.disebabkn masalah tersebut..saya slalo ras tertekan.tak bersemangat.dan merasa rendah diri..bantulah saya….

  32. cha berkata:

    salam encik osman… nanti kalau ada masa dtg la bagi ceramah di ipg kampus kota bharu..terima kasih kerana luangkan masa kepada kami masa di SMKA nurul ittifaq thn lps…:)

  33. MOHD HAFIZUDDIN BIN ABD GHANI berkata:

    salam..diharapkan en. Osman Affan sudi membuat kem motivasi di ipg kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

  34. sheilajew berkata:

    assalammualaikum. tahniah encik osman. saya bangga dan berasa teruja mendengar cerita tentang encik. sangat menarik! saya teringin menjadi seperti encik. saya berharap sangat encik osman sudi membuat kem di SMK Sinar Bintang. tahun ini adalah tahun yang sangat penting buat saya kerana tahun ini saya akan menghadapi peperiksaan PMR. saya ada masalah dalam belajar, saya sebenarnya minat belajar,tapi ada satu-satu masa saya rasa malas dan rasa nk ‘enjoy’ kn diri saya dengan melayari internet.saya nak sangat melatih diri saya supaya minat belajar kerana saya yakin bahawa kita tak akan pernah habis untuk ‘belajar’. saya ada satu soalan . waktu umur encik seperti saya encik selalu nya belajar pada waktu bila? adakah encik belajar kerana minat atau kehendak ibu bapa? pernahkah encik gagal dalam peperiksaan? jika ya….bagaimana encik mengatasi nya?
    MAAFLAH JIKA SAYA BANYAK BERTANYA. HARAP ENCIK MEMBALAS SOALAN SAYA. TERIMA KASIH ^^

  35. Lynn berkata:

    tahniah…Anda memang hebat…sy bangga!!!!

  36. Nur Syamimi berkata:

    bagaimana nak berhubung dgn osman affan???
    hajat di hati nak jemput beliau sbg p’ceramah motivasi di Politeknik Hulu Terengganu

  37. eyQahfiQah berkata:

    awesome….! 🙂

  38. Indira berkata:

    Today, I went to the beach front with my kids. I found a sea shell and gave it to my 4 year old daughter and said “You can hear the ocean if you put this to your ear.” She placed
    the shell to her ear and screamed. There was a hermit crab inside and it pinched her ear.
    She never wants to go back! LoL I know this is completely off topic but I
    had to tell someone!

  39. Rogelio berkata:

    What’s up, all the time i used to check web site
    posts here in the early hours in the dawn, for the reason that i like to
    find out more and more.

  40. eyja berkata:

    saya ada membeli CD smart study Tuan dulu tapi tdk tahu macamana untuk aksesnya semula. Ada link ke web berkenaan atau saya harus membelinya semula? TQ

Tinggalkan Jawapan kepada osmanaffan Batal balasan